Tuesday, May 3, 2011

sepanjang duduk kat kampung ni,takde ape yang aku dapat buat.hee okay aku tipu aku tipu :P err time sedara tengah ramai time tu je best.semua orang kecoh,semua nak bercakap,setiap saat nak memasak.tak pernah berhenti makan.teehee

masakan kampung memang favourite aku,lagi lagi ikan patin masak tempoyak,sambal belacan and much more.di sini saya ingin menjelaskan bahawa walaupun saya sangat menyukai ikan patin masak tempoyak,tetapi saya sangat sangat sangat lah tidak menyukai tempoyak.ada yang pelik tapi itulah hakikat nya.cewahhh.then,saya tak makan ulam-ulaman,petai,jering dan adik beradik yang seangkatan mereka.peace :)

aku balik kampung ni sebab ada kenduri sedara.so memandang aku ni penganggur and sudah pastinya takde benda yang nak dibuat.aku pun join lah makcik aku duduk sini seminggu.takpelah takde astro pun,tak dapat tengok maharaja lawak pun,yang penting ada handphone dengan lappy dah cukup.yang lain ada ulangan kan.hee.

best jugak lah kampung ni,in a good and bad ways.sampai sampai je nak kene basuh lantai.yelah,kalau setahun takde orang yang balik,bukan setakat berhabuk,dah jadi zoo dah rumah wan aku ni.wan aku ni bukan nya jenis suka duduk rumah sendiri,takut kata nya.so dia selalu la tidur rumah kawan kawan dia. rumah ni terbiar la sendirian tanpa teman.tapi bila dah ramai yang balik,rumah ni kecoh je,macam tak pernah sunyi.ade yang gelak macam pontianak,rumah macam nak runtuh sebab budak budak lari sana sini,asap api penuh sebab buat ikan bakar and banyak lagi lah.aku tengok pun senyum je memanjang.malu pun ada sebab aku anak dara tunggal yang balik.so asyik kene kacau jelah dengan makcik makcik yang ada anak teruna.itu kira okay lagi,kalau anak teruna tepi jalan yang offer diri pulak macam mane?jelingan tajam free with no charge i bagi okay :DD

ouh i miss kl,tak kira la senyaman mana kampung aku kan.teehee.maaflah aku bukan pencinta alam sangat,tapi nak ajak masuk hutan camping,jungle trackking semua takde masalah la.im not gedik type okay :)

to you:sayang :)

No comments:

Post a Comment